25 November 2010

Masih Ada Melayu Tak Percaya Kemampuan Melayu

Rupanya masih ada orang Melayu yang tidak percaya yang orang Melayu boleh berbisnes roti.

Walaupun kedai roti ini bukan aku punya dan aku hanya pekerja di sini, tapi memang merah telinga kalau ada orang Melayu asyik bertanya, "kedai ini...orang Melayu punya ke?", "roti ni ambil cina punya ke?" sedangkan akulah yang buat roti di kedai ini.

Apa maksud pertanyaan itu? Kamu tak yakin orang Melayu pandai buat roti ke? Kadang-kadang bila 3-4 kali pertanyaan itu menerjah telinga, aku panas hati dan membalas jawapan dengan perli, "ini kedai cina, roti di kedai ni saya yang buat dan nama saya Ah Long!"

Oh! Aku memang lemah dan tidak sabar dalam melayan pelanggan sebab itu aku lebih suka memerap di dapur berbanding melayan pelanggan di kaunter.

p/s; kalau anda mahu belajar dan pandai buat roti tanpa perlu menghadiri kursus, anda boleh dapatkan Resepi Dan Panduan Mudah Buat Roti Semudah Langkah 1,2,3... di RAHSIABUATROTI

10 November 2010

Perlukah Kelayakkan Untuk Memotivasi Dan Menasihati Orang?

Hoi ahmadyani! Apa kejayaan yang kau capai dan setinggi mana pendidikan yang kau ada yang melayakkan kau memotivasi dan menasihati orang?

Hai kawan! Saya sebenarnya memotivasi dan menasihati diri saya sendiri. Kalau tidak terima motivasi dan nasihat saya...jangan baca...jangan dengar! Kalau sudi sama-samalah kita nasihat menasihati dan memotivasi sesama kita.

Sebaik-baik pemberi nasihat dan pemberi motivasi adalah diri anda sendiri. Tanya pada akal anda, minta nasihat dia dan biarkan hati anda memberi keputusan.

Sebelum itu isikan akal anda dengan ilmu dan hati anda dengan iman. Barulah akal anda memberi nasihat dan motivasi yang betul dan hati anda akan membuat keputusan yang tepat

08 November 2010

Dah Lama Aku Menetap Di KL

Sudah lama aku tinggal di KL, tepatnya di Kg.Baru. Sudah lebih 10 tahun. Sebulan bayar RM450. Murah dari rumah lain di Kg.Baru. Tuan rumah baik. Lebih 10 tahun darap 450, banyak tu.

Kadang-kadang terfikir, alangkah baiknya aku cari rumah sewa lain yang baik baik sedikit dari rumah yang aku sewa sekarang ini. Rumah sewa ada tapi jauh. Jika dicampur sewa rumah dengan tambang perjalanan, jumlah jauh lebih banyak dari 450. Di Kg.Baru dekat dengan tempat kerja. Pergi dan balik kerja jalan kaki saja.

Mungkin lebih baik jika aku beli rumah. Duit yang selalu bayar sewa, boleh bayar duit bulanan rumah yang aku beli. Kalau bayar lebihpun tak mengapa...rumah sendiri.

Tinggal rumah sendiri tak perlulah risau apa-apa, contohnya diminta mengosongkan rumah.

Bila tinggal di rumah sewa, terpaksa mengosong rumahlah yang paling dirisaukan.

Hati memang teringin sangat mahu memiliki rumah sendiri. Mana nak cari deposit untuk bayar rumah sendiri?



27 Oktober 2010

Yang Kecil Boleh Jadi Besar

Kita semua bermula secara kecil-kecilan, tapi bila kita sanggup bertahan, kita mampu jadi besar dan kukuh; nota dari buku, 'Rahsia Jutawan eBay'.

p/s; selepas ini, aku akan postkan catatan ringkas berupa nota penting dari buku, ceramah, kata-kata orang [tak kira orang 'besar' atau orang 'kecil'] dan dari sumber yang lain yang boleh memberi manfaat dan motivasi pada kita semua.

24 Oktober 2010

Kata Hikmah Untuk Memotivasikan Diri

# Ada strategi berkesan untuk mencapai kejayaan kewangan. Anda tidak perlu bekerja bertahun-tahun mencuba itu dan ini untuk mencapai kejayaan kewangan. Jika anda menemui orang yang telahpun mempunyai kejayaan kewangan, anda hanya perlu mengetahui tentang strategi mereka dan menggunakannya untuk mengeluarkan hasil yang sama, ini menjimatkan banyak masa dan usaha. Inilah kuasa mencontohi.

# Dalam masyarakat hari ini sesiapa yang mempunyai maklumat dan cara untuk menyampaikan maklumat itu akan mendapat seperti apa yang raja-raja zaman dahulu miliki; kuasa penuh!

#Tapi sebenarnya maklumat sahaja tidak cukup. Ilmu hanya menjadi kuasa yang berpotensi apabila berada dalam genggaman orang yang tahu bagaimana untuk membolehkan dia membuat tindakan yang efektif. Pada hakikatnya, definisi sebenar perkataan kuasa ialah; keupayaan untuk bertindak!

# Individu yang tidak pernah melakukan apa-apapun, tidak membuat sebarang kesilapan. Bagaimanapun dengan tidak melakukan apa-apa itulah kesilapan yang sebenarnya.

# Orang yang malang dalam hidupnya ialah mereka yang asyik/sentiasa teragak-agak dalam membuat keputusan.

IKLAN SENDIRI# kalau anda mahu menambah pendapatan, sila KLIK INI

IKLAN SENDIRI# Anda mahu buat sendiri roti? Bila anda pandai buat roti, anda boleh gunakannya untuk menambah pendapatan atau untuk makan sekeluarga, KLIK SINI

14 Oktober 2010

Nak Berniagapun Tak Senang!

Bolehkah anda bayangkan situasi ini atau mungkin anda pernah mengalaminya. Anda di sini bermaksud anda yang berniaga, yang menyewa lot kedai di tengah ibu kota. Situasi ini berlaku di bangunan milik satu agensi kerajaan.

Anda rasa anda telah berbuat yang terbaik untuk kedai anda setelah sekian lama anda berniaga di situ. Papan tanda kedai rekaan pakar, susun atur dalaman kedai nampak kemas, warna padanannya cantik menawan. Apa lagi yang tidak kena?

Tapi pegawai yang bertanggungjawab dengan lot perniagaan di bangunan itu kerap kali datang ke lot kedai anda dengan membawa cadangan dan teguran, yang padanya masih ada yang tidak sempurna pada lot kedai anda. Ketidak 'sempurnaan' itu telah 'mencacatkan' bangunan kerajaan itu. Ada saja yang tidak kena.

Reka bentuk papan tanda sudah terlalu lamalah, warna kedai terang sangatlah, barangan kedai yang 'terkeluar' dari garisan kedai boleh mengganggu laluan pejalan kakilah. Dan bermacam alasan yang mengarut dek akal.

Anda percaya tak berlakunya situasi seperti di atas? Percayalah! Ini cerita benar.

Tapi yang paling benarnya, ceritanya begini...

Pegawai terbabit sudah acap kali didatangi 'seseorang', mungkin kawannya atau saudaranya yang asyik bertanyakan kedai lot anda. Mungkin kerana lot kedai anda yang strategik kedudukannya, berada di laluan utama.

Anda menyewa kedai dengan kadar RM1500 sebulan, tetapi 'seseorang' itu asyik memberitahu pegawai terbabit yang dia mampu membayar sewa RM2500 jika dialah yang berniaga di situ.

Anda rasa, anda dapat berniaga dengan 'tenang dan selamat' di lot kedai itu ke?


# anda nak tahu cara mudah buat roti buns? KLIK DI SINI

# KLIK DI SINI kalau anda perlukan duit poket tambahan. Tapi bukan percuma dan duduk goyang kaki saja. kenalah keluarkan modal dan usaha sedikit. KLIK DI SINI

10 Oktober 2010

Laman e-Dagang Percuma Untuk Usahawan Internet



Lot.my menawarkan laman web e-dagang percuma. Laman berbayar juga ada dengan lebih banyak fungsi. Pada aku, yang percuma sudah cukup fungsinya.

Aku telah setup satu kedai, bukurahsia.lot.my . Sekarang tengah cari-cari apa produk yang boleh dijual dan aku akan buka satu lagi kedai. Mungkin yang berbayar, tapi kalau barang sikit, guna yang percuma dah cukup.

Seseorang boleh buka banyak kedai. Satu kedai satu email. Nak buka banyak kedai, kenalah buka banyak email. Selain lot.my, puteri.biz juga menawarkan kedai dalam talian percuma. Aku tak pernah cuba.

Kedua-dua lot.my dan puteri.biz, ada membuat kursus-kursus penerangan berkenaan apa yang mereka tawarkan ini. Masuklah dalam laman sesawang mereka untuk lihat kursus yang ada atau boleh download manual dalam bentuk ebook. Aku setup kedai bukurahsia.lot.my menggunakan manual ini saja. Aku tak tahu kalau puteri.biz ada manual seperti ini.

Tawaran kedai dalam talian percuma ini adalah pertama yang patut diambil oleh mereka yang baru mahu berjinak-jinak dalam e-dagang atau bisnes internet. Kalau sudah mahir, barulah menggunakan laman berbayar untuk fungsi yang lebih.

Bagaimanapun aku lihat, nama-nama besar dalam dunia bisnes internet juga menggunakan lot.my yang percuma.

Ini adalah perkembangan yang bagus bagi usahawan internet baik yang baru atau lama, tapi ini perkembangan yang tidak bagus bagi mereka yang bisnesnya ialah menawarkan laman kedai atau software bina laman kedai dalam talian yang berbayar. Apapun ini adalah asam garam perniagaan.

Jemputlah jenguk kedai saya iaitu http://bukurahsia.lot.my/
p/s; Kalau tuan mahu menambah pendapatan sila klik di sini.

23 September 2010

Sifat Dan Sikap Isteri Idaman Suami

Ini isteri idaman aku,

1. Dia taat mematuhi arahan aku tanpa merungut dan memasam muka, tapi dia berani bantah bila arahan itu melanggar syariat dan dia berani beri pendapat yang lebih baik untuk kebaikkan bersama.

2. Dia menyayangi dan menghormati kedua ibubapaku [mertuanya]. Dia akan buat perkara yang patut untuk menggembirakan mereka dan sentiasa menasihati aku ketika aku 'lupa' pada ibubapaku sendiri.

3. Dia sayang dan hormat adik beradikku [ipar duainya]. Dia akan buat perkara yang patut untuk menggembirakan adik beradikku dan sentiasa menasihati aku ketika aku 'lupa' pada adik beradikku sendiri.

4. Bila aku dalam kesusahan, dia tidak merungut. Lebih-lebih lagi tidak mengutuk aku. Dia memberi semangat, beri idea dan membantu apa yang perlu untuk aku keluar dari kesusahan.

5. Bila aku senang, dia tidak ambil kesempatan minta yang macam-macam. Dia tidak menyombong dengan orang lain. Dia akan sentiasa menasihati aku untuk sentiasa beringat tentang...'waktu senang sebelum waktu susah', tetap berjimat cermat dan tidak melupakan bantuan pada yang susah terutama pada ahli keluarga.

6. Dia suka membaca terutama buku agama dan pembangunan diri, buku kekeluargaan juga. Buku kemasyarakatan, ekonomi, sejarah juga boleh. Kalau novel mestilah yang bersastera tinggi.

7. Dia suka solat sunat terutama Dhuha dan Tahajud. Yang wajib tu semestinyalah.

8. Bila dia berseorangan. ketika aku tiada untuk berbual-bual. Dia akan menghabiskan masa dengan membaca selawat dan ayat-ayat mudah dari al Quran yang dihafalnya. Ketika mengemas rumah, keika memasak dia akan berselawat, bukan menyanyi dan lebih lagi bukan bercakap sorang-sorang.

9. Dia juga akan sentiasa berselawat dan membaca ayat mudah dari al Quran ketika mendodoi dan menidurkan anak, bukan bersenandng dan menyanyi. Bersenandung dengan lagu rakyat pun tak payah. Semoga anak-anak akan terpengaruh dengan berkat selawat dan ayat al Quran dan jadilah mereka anak soleh dan solehah.

10. Dia menutup aurat tapi bijak bergaya. Dia suka wangian tapi tidak sampai menggoda orang. Dia suka kebersihan dan akan memastikan persekitarannya juga bersih.

11. Dan lagi???

Kalau mahu ditulis semuanya akan mengambil senarai yang panjang. Cukuplah 10 di atas. Anda patut tulis senarai sikap dan sifat isteri yang anda mahu. Ia seperti satu doa.

Kalau anda belum beristeri, semoga tuhan berikan anda isteri seperti yang anda inginkan. Kalau anda sudah beristeri, semoga tuhan 'mengubah' dia menjadi isteri yang anda mahu.

13 Ogos 2010

Alhamdulillahlah...Bukan Ucapan Yang Betul!

Alhamdulillah...kerana membantu saya.

Alhamdulillahlah...kerana membantu saya.

Apa perbezaan 2 ucapan di atas? Dapatkah anda cari perbezaannya?

Setiap kali menerima nikmat kesenangan, kita akan mengucapkan Alhamdulillah. Bagaimanapun kalau kita perhatikan dan dengarkan dengan teliti...adanya tambahan 'lah' selepas Alhamdulillah.

Saya tidak pula bertanyakan pada mereka yang arif, apa hukumnya penambahan ini. Selalunya penambahan 'lah' ini disebut secara sepontan atau disebut tanpa sedar. Tidak tahulah kalau ada orang sedar ketika menyebutnya.

Mereka yang arif dalam agama patut perhatikan perkara ini. Perlu keluarkan hukum dibolehkan atau dilarang. Kalau diharuskan...biarkanlah. Kalau dilarang...wajib para ustaz menegur dan menegah. Sekiranya tidak ditegur dan ditegah, takut nanti orang menganggap kalimah 'Alhamdulillahlah' satu kalimah yang betul.

Mengucapkan 'Alhamdulillahlah' dengan tambahan 'lah' seperti tidak ikhlas saja. Ucapan yang terpaksa disebut kerana diberi sesuatu dan hanya mengucapkannya sewaktu mendapatkan sesuatu

Alhamdulillah adalah ucapan yang patut diucap selalu. Setiap detik kerana setiap saat kita diberi dan mendapat sesuatu. Setiap saat kita mendapat tambahan usia. Setiap detik kita diberi peluang untuk bernafas.

Namun tidak ramai orang yang selalu mengucapkan Alhamdulillah dengan pemberian tuhan ini. Ya Allah! Aku pun termasuk dalam golongan ini.

05 Ogos 2010

Sahabat Aku Semuanya Sudah Lari

Betapa sepinya hidup aku di KL ini, kerana di ibukota ini aku tidak punya sahabat. Kawan ramailah. Sahabat aku semuanya sudah lari. Bukan lari dari aku tapi lari dari KL. Mereka sudah jemu dan letih hidup di KL.

Sahabat aku sudah ambil keputusan untuk jadi tua dan meninggal di luar KL.

Mereka balik ke negeri tempat lahir. Mencari rezeki di bandar kecil dekat dengan kampung kelahiran sudah cukup memuaskan bagi mereka. Ada sesetengahnya mendapat rezeki lebih banyak berbanding ketika hidup di KL.

Setahun dua ini aku mula merasakan betapa 'letihnya' hidup di KL. Letih fizikal dan letih mental. Saranan sahabat-sahabat meminta aku turut sama lari meninggalkan KL mula bermain-main dalam hati.

18 Julai 2010

Tulis! Kalau Tidak Kamu Akan Lupa

Bila kamu ada apa-apa idea yang timbul dalam kotak fikir kamu, cepat-cepat catatkannya. Apa-apa idea pun, sekalipun idea itu kelihatan mengarut dan tak masuk akal.

Bawalah satu nota catatan kecil seperti buku kecil 555 dan sebatang pen untuk memudahkan anda mencatat bila perlu. Malulah kalau nak pinjam pen dan kertas kepunyaan orang.

Bila kamu tak mencatatnya, idea itu tidak akan datang semula walau kamu memerah otak sampai 'setengah mati' pun, idea itu tidak akan datang balik.

Itulah yang selalu terjadi pada aku. Aku akui inilah kelemahan yang sampai sekarang, sukar untuk aku hilangkan.

Bila aku ada terfikir beberapa idea, aku biarkan ia berlalu kerana aku anggap ia tidak memberi apa-apa kaitan dengan apa yang aku buat sekarang ini. Kita sebenarnya tidak tahu apa yang kita akan buat di masa akan datang walupun sekarang ini kita telah merancangnya. Bila kita sampai ke masa itu, kita selalu berharap apa idea yang pernah kita terfikir dulu akan muncul balik.

Aku terfikir beberapa perubahan yang patut aku buat pada surat jualan pos yang aku tulis. Tapi aku tak buat. Aku mahu tangguhkan besok saja. Namun pada besok hari, bila aku tatap balik surat jualan pos yang aku tulis untuk membuat perubahan, aku sudah tak tahu perubahan apa yang aku nak buat. Ini contoh kecil yang terjadi pada aku.

Jadi, kalau kamu ada idea catatkannya dengan segera. Jangan bertangguh. Kalau pun idea itu tidak berguna sekarang, ia mungkin akan berguna di masa depan. Dan kalau ia tidak berguna untuk anda, ia mungkin berguna untuk orang lain.

24 Jun 2010

Bukan Komputer Saja...Tubuh Manusia Juga Ada Fungsi 'restart'...

Saya percaya bahawa tubuh manusia juga punya fungsi 'restart'nya. Tubuh perlukan rehat. Allah berikan malam untuk manusia berehat. Namun manusia pada zaman moden ini tidak lagi menggunakan malam sebagai waktu rehat dengan sebaik-baiknya.

Bila manusia tidak berehat dengan sebetul-betul rehat seperti yang dikehendaki tubuh, maka anggota tubuh tidak dapat berfungsi dengan harmoni antara satu anggota dengan anggota yang lain. Dalam keadaan ini, tubuh secara semulajadi akan mengaktifkan fungsi 'restart' ini.

Seperti komputer, bila anda dapati beberapa komponen tidak berfungsi dengan baik selepas komputer di on, anda hanya perlu restart semula. Ia akan berfungsi dengan normal. Tapi bila direstart semula, masih juga gagal berfungsi, kemungkinan besar komponen@driver dah rosak. Kenalah baik pulih atau tukar baru.

Begitulah dengan tubuh manusia. Dalam proses 'restart' ini, fungsi tubuh akan 'down' sementara. Tubuh dalam keadaan lemah. Itu yang membuatkan kita pening-pening, demam, lemah badan, selsema dan seumpamanya.

Dalam keadaan ini saya percaya, saya patut membiarkan tubuh kembali normal secara semulajadi. Sebab itu saya tak jumpa doktor. Tak makan ubat. Saya makan dan minum seperti biasa, cuma sedikit kerana tiada selera. Itu biasalah.

Saya percaya, bila makan ubat. Proses 'restart' ini akan terbantut dan tubuh dipaksa kembali 'beroperasi' seperti biasa. Saya juga percaya lambat laun, fungsi tubuh akan mengalami 'kegagalan berfungi'. Ini yang menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit berat.

Sebenarnya, ketika tubuh dalam proses 'restart' ini, keadaan kita tidaklah seteruk mana. Demam, pening-pening, lemah badan dan seumpamanya tidaklah 'separah' seperti yang kita sangka. Cuma kita terlalu biasa...hanya kerana pening sedikit, kita telan penadol. Badan panas sikit, kita telan ubat dan mengaduh lemah.

Sedangkan kalau kita sabar sedikit dengan membiarkan 'kesakitan' kita itu hilang dengan sendirinya tanpa bantuan ubat, kita pasti berasa badan segar bertenaga. Tidak sama, segar badan kerana bantuan ubat dengan segar badan pulih dengan sendirinya. Cubalah.

Sebab itu saya tak jumpa doktor hampir 20 tahun dan tidak telah panadol kerana saya mengamalkan kepercayaan ini. Tapi saya tidaklah mengamalkan kepercayaan ini membuta tuli.

Saya memegang prinsip jika saya sakit berlarutan lebih dari 3 hari, itu bukan tanda tubuh saya dalam proses 'restart' tapi sudah mengalami 'kegagaalan berfungsi' dan saya kenalah jumpa doktor. Tempoh hari saya berjumpa doktor pertama kali sejak 20 tahun lepas kerana saya sakit melebihi 3 hari dan tak ada tanda nak pulih. Sebelum ini, alhamdulillah keadaan saya tidak memerlukan saya berjumpa dengan doktor.

Kepercayaan ini masih saya pegang. Kalau doktor baca blog saya ni, pasti dia kata saya gila!

17 Jun 2010

Pertama Kali Bertemu Doktor Dalam 20 Tahun

Kelmarin aku ke klinik HKL. Aku jumpa doktor wanita India. Dia bagi satu suntikan di punggung dan bagi ubat.

Apa yang menariknya pergi klinik jumpa doktor, terima suntikan dan ambil ubat?

Aku mencatatnya dalam blog ini kerana ini adalah sejarah dalam hidup aku. Doktor MD yang aku jumpa terkejut bila aku beritahu, dialah doktor pertama yang aku jumpa dalam tempoh 20 tahun. Dan suntikan di punggung yang dia bagi tu adalah pertama kali dalam tempoh 35 tahun. Tapi seingat aku adalah pertama kali seumur hidup aku dalam tempoh 40 tahun.

Seingat-ingat aku, aku kena suntik hanya di bahu zaman kanak-kanak dulu di sekolah. Suntikan kawalan cacar. Semua orang kena. Selepas itu aku tak ingat, pernahkah aku disuntik lagi. Makan ubat tu adalah.

Kawan-kawan kata aku takut doktor, sebab tu bertahun tak jumpa doktor. Tapi aku ada sebab kuat kenapa aku tak jumpa doktor. Bukan sebab takut. Nanti aku catatkan.

05 Jun 2010

1 Tahun Tiada Catatan

Blog ini sudah bersawang. 1 tahun tak berusik. Mula-mula pertama kali berjaya bina blog sendiri, perasaannya idak boleh digambarkan. Bagi seorang yang 'buta' komputer, dapat bina dan miliki blog sendiri tanpa bantuan siapa-siapa, mana tidak ghairahnya?

Mulalah berangan-angan mahu jadi blogger seperti blogger lain yang terkenal yang blognya diratah tak kenyang-kenyang.

Memanglah, angan-angan tak boleh bawa apa-apa ke mana-mana, kalau tiada tindakan, tiada ilmu, tiada komitmen, tiada sabar, tiada idea, tiada apa lagi? Semua 'kalau' itu mesti ada, barulah boleh jadi blogger sejati.

Dengan kata lain, nak jadi blogger sejati kena ada kekuatan dalaman. Aku kena cari kekuatan dalaman untuk jadi blogger sejati