25 September 2011

Bagaimana Cara Mendapat Trafik Untuk Blog

Trafik ialah sesuatu yang datang dan pergi. Itu kefahaman saya tentang trafik. Setiap orang mempunyai pengertian atau tafsiran tersendiri pada apa itu trafik.

Trafik jalan raya ialah kenderaan yang datang dan pergi dari satu arah. Trafik blog ialah pembaca yang datang dan pergi dari satu-satu blog. Datang untuk membaca aau mendapatkan sesuatu dan setelah itu ia pergi. kemudian dia akan datang balik dan pergi semula.

Blog perlukan trafik seperti jalan perlukan kereta. Apa guna punya blog kalau tiada orang datang membaca apa yang ditulis di blog itu. Seperti juga, apa guna membina jalan raya kalau tiada kereta melaluinya. Kalau jalan raya tiada kereta, ia akan dipanggil projek gajah putih. Kalau blog tiada pembaca, ia dipanggil apa?

Keperluan blog untuk mendapatkan trafik tidak boleh dinafikan, lebih-lebih lagi bila pemilik blog itu ada matlamat tersendiri membangunkan blognya;

1# Mahu berkongsi cerita dan idea dengan banyak orang. Yang pastinya, idea akan terkubur tanpa batu nisan bila tidak ada orang yang membaca tulisan yang mengandungi idea itu.

2# Mahu berinteraksi dengan ramai rakan. Rakan baru dan rakan jauh. Bagaimana mahu berhubung dengan mereka jika blog kita tidak dijumpai oleh mereka.

3# Mahu menjual sesuatu melalui blog. Produk yang ditawarkan mahu dijual akan dipenuhi habuk bila tiada orang tahu mengenainya.

Itu sebahagiannya dan itu juga antara sebab saya membina ahmadyani.com. Anda tentu ada sebab tersendiri membangunkan sebuah blog.

Trafk penting untuk blog. Antara kepentingannya ialah seperti berikut;
  1. Ia menentukan kualiti blog.
  2. Syarikat pengiklan hanya berani letak iklan mereka pada blog yang banyak trafik.
  3. Trafik boleh menjadi pelanggan produk.
  4. Yang selebihnya...anda tentunya sendiri kepentingannya.

Asal mulanya saya tidak tahu bagaimana mahu menarik pembaca untuk datang membaca tulisan di blog saya. Saya tidak boleh buat tidak peduli, orang mahu datang membaca atau tidak.

Sebab itu bila Team Majalah Niaga yang terdiri dari Tuan Aqif Azizan dan Tuan Hasbul Aqill mengeluarkan ebook Jana Trafik, saya terus mendapatkannya tanpa berfikir panjang. Rasanya, saya antara yang terawal mendapatkan ebook ini.

Ebook ini menerangkan cara mendapatkan trafik untuk bloh sekaligus kita boleh menjana wang dengannya. Bukan sebarang trafik. Apa yang dimaksudkan ialah trafik yang berkualiti. Untuk tahu dengan lebih lanjut apa itu trafik berkualiti, anda boleh mendapatkan ebook ini di pautan berikut;


Selain menerangkan tentang trafik berkualiti, ebook ini menerangkan juga...
  1. Keperluan trafik pada blog.
  2. Cara meningkatkan trafik.
  3. Formula mendapatkan 300 trafik setiap bulan.
  4. Kunci kejayaan trafik.
  5. Cara mengekalkan trafik.

Mereka yang pakar dalam blogging mungkin menganggap ebook ini biasa sahaja. Namun bagi mereka yang baru mahu berblogging, ebook ini amat bagus! Jadi saya berterus terang dengan menyarankan pada anda untuk mendapatkan ebook ini.

Dapatkan melalui link di bawah;

20 April 2011

Buat Duit Dengan CklikBank

Hi kawan-kawan, hari ni aku nak share something yang best pasal buat duit secara online iaitu melalui CLICKBANK!

Apa tu clickbank? korang nak tau tak?

Clickbank ni ialah laman web pemprosesan bayaran secara online, tak silap aku ada 30 000 transaksi jual beli dalam sehari.. dan kebanyakan produk-produk clickbank senang nak dijual! oleh itu kita boleh ambik kesempatan ini dengan menjadi egen affiliate untuk produk-produk di clickbank..

Korang pergi jer kat clickbank marketplace kemudian pilih jer mana-mana produk yang korang suka pastu promosikan jer produk tu :D hehehe... tapi korang kene tahu nak buat duit clickbank ni bukan satu perkara yang mudah oleh itu aku akan berkongsi sedikit tips untuk korang promosikan produk clickbank ni dengan cara yang betul.

korang gunakan promosi berbayar seperi google adoword ke, banner advertising ke, kalau guna cara percuma pulak macam pemasaran artikel & pemasaran video. tapi of course la kalau guna cara percuma ni lambat sikit hasilnya & kebanyakan orang mudah putus asa.. dah nama teknik free kene la buat betul-betul sampai dapat hasil.. nak cepat guna je la pemasaran berbayar tapi untung rugi tu tanggung sendiri la yer.. hehehe..

Tapi kalau korang baru nak mula, aku sangat sarankan gunakan teknik percuma dahulu la yer.. walaupun teknik ni hasilnya lambat tapi kesannya akan berpanjangan sehingga tempoh bertahun-tahun.

AKu sangat galakkan korang dapatkan produk dari sorang mamat ni.. orang panggil di Zyan.. dia ni affiliate clickbank.. aku tengok income dia boleh tahan gak.. kalau korang tak caye korang pergi website die kat sini BUAT DUIT DENGAN CLIKBANK

09 April 2011

Sila jenguk Blog Baru Saya

kalau ada masa, saya jemput untuk ziarah ke blog berbayar yang saya idamkan sejak lama, ahmadyani.com.

24 Februari 2011

Renungan Hidup

Aku mempunyai musuh. Musuhku yang paling besar ialah lidahku sendiri. Bila syaitan mahu memecah belahkan manusia, lidah inilah yang dia gunakan.

21 Februari 2011

Renungan Hidup

Kita perlu 'memahat' sendiri corak bunga hidup kita. Jangan biarkan orang lain yang mengukirnya.

06 Februari 2011

Apa Aku Hendak Tulis

Banyak benda dalam kotak fikir aku ini. Semuanya ingin aku luahkan dalam blog ini. Tapi berhari-hari tiada catatan yang tertulis.

Aku mahu menulis apa yang ada dalam fikiranku ini tapi aku tiada bahasa dan kata untuk mencatatnya.

Apa yang patut aku buat?

01 Januari 2011

Azam Tahun Baru 2011

Hari ini hari pertama tahun baru 2011. Selamat tahun baru.

Kalau diikut perkiraan dunia, tahun baru maknanya umur kita bertambah setahun. Tapi hakikatnya kalau ikut perkiraan agama, umur kita sebenarnya telah berkurang satu tahun.

Aku tidak pernah menetapkan apa-apa azam untuk tahun baru. Setengah orang berkata, jalani hidup seperti biasa, azam tidak membawa apa-apa makna. Dan yang lain berkata, dengan menetapkan azam, hidup kita lebih bermakna. Hidup hanya bermakna bila azam itu diusahakan untuk dicapai.

Tahun ini aku mahu menetapkan azam. Apa azam? Aku mahu mendalami dengan lebih dalam PERNIAGAAN BERASASKAN INTERNET.