16 Februari 2012

Gunakan LAMPIN MODEN PAKAI BASUH Untuk Anak Anda Dan Jimat Sehingga RM3500

Setiap ibubapa pada zaman moden ini menggunakan pampers untuk bayi mereka. Ibubapa mana yang tidak menggunakannya? Penggunaan pampers memang memudahkan tugas ibubapa.

Bagaimanapun tidak ada ibubapa yang menganggap pengunaan pampers menguntungkan poket mereka. Bagi ibubapa yang prihatin kepada dunia yang mereka diami, akan tahu pampers menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Dan kepada ibubapa yang lebih teliti, akan tahu bahawa penggunaan pampers tidak menyihatkan anak mereka.

Kini ada peluang untuk setiap ibubapa berjimat dalam penggunaan pampers sehingga RM3500 dengan bertukar dari pampers; pakai buang kepada lampin moden; pakai basuh. Penukaran ini akan membuatkan bayi lebih sihat dan sekaligus menyumbang kepada alam sekitar yang lebih baik.Sebelum kita tahu apa itu lampin moden; pakai basuh yang boleh menjimatkan wang, yang boleh menyihatkan bayi dan yang boleh menjadikan alam sekitar lebih baik, kita ambil tahu dahulu berkenaan pampers pakai buang.

Antara bahan membuat lampin pakai buang/Disposable Diapar [DD]

Saya percaya, selepas ini setiap ibubapa akan ingat bahan-bahan di bawah yang diguna untuk membuat lampin pakai buang yang digunakan untuk bayi mereka pada ketika ini;

DIOXIN # Bahan peluntur.
  • Kertas terpakai dalam DD perlu diluntur dengan dioxin untuk menjadi putih terlebih dahulu.
  • Dioxin ini boleh menyebabkan kanser.
  • Banyak negara mengharamkannya.

SODIUM POLYACRYLATE # Bahan penyerap. Bila basah, ia menjadi seperti gel untuk menyerap basahan.
  • Ia boleh menyebabkan kulit bayi kemerahan kalau lampin lambat ditukar.
  • Ada kes yang menyebabkan alahan kronik seperti bayi kerap muntah, asyik demam dan jangkitan kuman.
  • Sebelum tahun 1995 bahan ini diguna dalam tuala wanita. Sekarang tidak lagi bila ia dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome, tapi masih dipakai dalam DD.
Cuba buat ujikaji ini. Potong DD kepada 2 bahagian. Tuang air pada 1 bahagian dan lihat apa yang berlaku. Terdapat banyak Kristal kecil yang akan berubah kepada bentuk gel bila terkena air. Gel ini bukan sahaja akan menyerap air kencing malah ia menyerap segala kelempapan semulajadi pada kulit bayi. Ini yang menyebabkan bayi terkena ruam dan kerengsaan kulit iaitu kulit bayi pucat kekeringan.

TRIBUTYL TIN [ TBT ] # Dilabel sebagai environmental pollutant [bahan yang sangat mencemarkan alam sekitar] dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

CRUDE OIL # Satu cawan penuh 'crude oil' hanya menghasilkan satu DD. Crude oil adalah sejenis petroleum.

Akibat dari penggunaan DD

Sepanjang bayi memakai pampers, 7,000 DD diguna dan mungkin lebih. 1 DD hanya dipakai selama 2 jam dan paling lama 4 jam. Ada ibubapa yang memakaikan lebih dari 4 jam? Cuba fikirkan apa bahan yang diguna untuk membuat DD yang dipakai cuma untuk 2 jam!

Ke mana akhirnya DD itu pergi selepas diguna? Tentulah ke tempat sampah!
  • Pada setiap hari, 27 juta DD dibuang ke tempat sampah di seluruh dunia.
  • DD ialah SUMBER SAMPAH ke3 terbesar di dunia sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
  • 1 DD mengambil masa lebih 50 tahun untuk mereput dengan sendirinya.
  • 50% dari keseluruhan sampah yang dibuang dari rumah yang ada bayi ialah DD.
Sekarang kita ambil tahu pula berkenaan lampin moden; pakai basuh, alternatif terbaik kepada DD.


Apa itu lampin moden; pakai basuh?

Lampin moden ialah lampin kain. Bukan seperti lampin kain biasa, ini lampin yang telah diupgrade. Ia berfungsi seperti lampin pakai buang tapi ia boleh dibasuh dan dipakai semula. Di sinilah kelebihan dan bermanfaatnya lampin moden; pakai basuh ini untuk ibubapa dan bayi mereka.8 sebab kenapa setiap ibubapa wajib menggunakan lampin moden untuk bayi mereka

Sebab 1# Penjimatan wang untuk jangka panjang. Anda dapat berjimat sehingga RM3500 bila menggunakan lampin moden. Mari kita kira bagaimana boleh berjimat.

Jika lampin moden digunakan , kita perlukan paling kurang 12 set. Harganya RM25 per set, maka kosnya ialah RM300 dan tahan untuk 3 tahun.

Jika kita gunakan DD yang berharga RM0.60 sekeping dan kita gunakan 7 keping sehari adalah bersamaan RM4.20 sehari. RM4.20 x 365 hari setahun = RM1533 setahun mesti dibelanjakan. Dalam tempoh 3 tahun, RM1533 x 3 = RM4599 yang mesti dibelanjakan. Banyaknya!

3 tahun adalah purata masa anak-anak boleh pergi ke tandas sendiri. Jadi antara belanja RM300 dan juga RM4599 belanja untuk 3 tahun, mana satu jadi pilihan?

Sebab 2# Bayi akan lebih selesa dan sihat kerana lampin moden diperbuat dari kain cotton. Inilah kain kapas semulajadi yang sesuai digunakan untuk bayi. Bukan sahaja bayi, orang dewasa juga selesa dengan kain cotton.

Sebab 3# Kulit bayi akan lebih sihat kerana tidak terdedah dengan bahan kimia yang digunakan untuk membuat DD. Ingat balik bahan-bahan yang digunakan untuk membuat DD seperti yang saya catatkan di atas.

Sebab 4# Anda dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar yang semakin teruk pada hari ini. Kalau dunia ini tercemar teruk, di mana lagi untuk kita tinggal?

Sebab 5# Mudah digunakan. Pada zaman penggunaan lampin tradisi, ia perlu dilipat, perlukan pin penyepit, perlukan seluar luar. Tapi lampin moden; pakai basuh ini sama penggunaannya dengan pampers pakai buang.

Sebab 6# Bayi anda kelihaan comel bila memakai lampin moden ini kerana ia didatangkan dengan pelbagai corak, warna dan saiz.

Sebab 7# Bayi akan cepat belajar buang air sendiri. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD, akan memakainya sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai lampin moden; pakai basuh, masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak-anak akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

Sebab 8# Dengan memakai lampin moden; pakai basuh, ibubapa telah menunjukkan contoh tentang cara-cara mengurus sampah dengan baik. Anak-anak akan mencontohi sikap ibubapa yang menjaga alam sekitar ini kerana setiap anak belajar dari pemerhatian dan peniruan.

Cara memakai lampin moden CARA MEMAKAI LAMPIN MODEN; PAKAI BASUH

Macamana nak memakaikan lampin moden ini pada anak-anak? Mudah sahaja! Cara memakainya sama seperti memakai pampers pakai buang.

Cara membasuh lampin moden

Bagaimana pula cara nak basuh? Basuhlah seperti kita membasuh baju. Cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener, enzim dan sebagainya kerana ia akan merosakkan lampin moden ini dan bahan ini akan terserap dalam lampin moden. Gunakan sabun yang biasa diguna untuk memandikan bayi.

Sebelum guna, basuh dulu lampin moden ini agar daya serapannya bertambah baik.

Jadual penggunaan lampin moden

Berikut adalah cadangan sahaja. Setiap ibubapa boleh membuat jadual sendiri bergantung kepada kekerapan bayi mereka membuang air.

7am - 10am 1 CD + 1 Insert
10am - 1pm 1 CD + 1 Insert
1pm - 4pm 1 CD + 1 Insert
4pm - 7pm 1 CD + 1 Insert
7pm - 12am 1 CD + 2 Inserts
12am - 7am 1 CD + 2 Inserts

Kesimpulannya, 6 CDs + 8 Inserts diperlukan untuk penggunaan selama 24jam.

Secara kasarnya, 12 lampin moden ini diperlukan untuk seorang bayi. Namun eloklah lebih kerana ia boleh digunakan pada waktu kecemasan seperti lampin moden ini lambat kering kerana waktu hujan.

Maklumat-maklumat yang berkaitan lampin moden

Jenama# QQ baby
Saiz # Boleh diubahsuai dari saiz S, M dan L
Sesuai Untuk Bayi# 3-13kg
Pakej# QQ Baby Pocket Diaper + 2 Microfiber Inserts (3 layers)
Design yang unik iaitu 3 x 3 butang snap yang memudahkan untuk mengubahsuai saiz yang berbeza bagi bayi yang berumur 3kg-13kg
Lapisan dalaman suede yang lembut untuk membuatkan bayi merasa selesa
Lapisan luar Jenis PUL (Polyurethane Laminated Polyester (PUL). Kain yang sangat kalis air untuk mengelakkan kebocoran. Dibuat daripada 100% Polyster.