25 September 2011

Bagaimana Cara Mendapat Trafik Untuk Blog

Trafik ialah sesuatu yang datang dan pergi. Itu kefahaman saya tentang trafik. Setiap orang mempunyai pengertian atau tafsiran tersendiri pada apa itu trafik.

Trafik jalan raya ialah kenderaan yang datang dan pergi dari satu arah. Trafik blog ialah pembaca yang datang dan pergi dari satu-satu blog. Datang untuk membaca aau mendapatkan sesuatu dan setelah itu ia pergi. kemudian dia akan datang balik dan pergi semula.

Blog perlukan trafik seperti jalan perlukan kereta. Apa guna punya blog kalau tiada orang datang membaca apa yang ditulis di blog itu. Seperti juga, apa guna membina jalan raya kalau tiada kereta melaluinya. Kalau jalan raya tiada kereta, ia akan dipanggil projek gajah putih. Kalau blog tiada pembaca, ia dipanggil apa?

Keperluan blog untuk mendapatkan trafik tidak boleh dinafikan, lebih-lebih lagi bila pemilik blog itu ada matlamat tersendiri membangunkan blognya;

1# Mahu berkongsi cerita dan idea dengan banyak orang. Yang pastinya, idea akan terkubur tanpa batu nisan bila tidak ada orang yang membaca tulisan yang mengandungi idea itu.

2# Mahu berinteraksi dengan ramai rakan. Rakan baru dan rakan jauh. Bagaimana mahu berhubung dengan mereka jika blog kita tidak dijumpai oleh mereka.

3# Mahu menjual sesuatu melalui blog. Produk yang ditawarkan mahu dijual akan dipenuhi habuk bila tiada orang tahu mengenainya.

Itu sebahagiannya dan itu juga antara sebab saya membina ahmadyani.com. Anda tentu ada sebab tersendiri membangunkan sebuah blog.

Trafk penting untuk blog. Antara kepentingannya ialah seperti berikut;
  1. Ia menentukan kualiti blog.
  2. Syarikat pengiklan hanya berani letak iklan mereka pada blog yang banyak trafik.
  3. Trafik boleh menjadi pelanggan produk.
  4. Yang selebihnya...anda tentunya sendiri kepentingannya.

Asal mulanya saya tidak tahu bagaimana mahu menarik pembaca untuk datang membaca tulisan di blog saya. Saya tidak boleh buat tidak peduli, orang mahu datang membaca atau tidak.

Sebab itu bila Team Majalah Niaga yang terdiri dari Tuan Aqif Azizan dan Tuan Hasbul Aqill mengeluarkan ebook Jana Trafik, saya terus mendapatkannya tanpa berfikir panjang. Rasanya, saya antara yang terawal mendapatkan ebook ini.

Ebook ini menerangkan cara mendapatkan trafik untuk bloh sekaligus kita boleh menjana wang dengannya. Bukan sebarang trafik. Apa yang dimaksudkan ialah trafik yang berkualiti. Untuk tahu dengan lebih lanjut apa itu trafik berkualiti, anda boleh mendapatkan ebook ini di pautan berikut;


Selain menerangkan tentang trafik berkualiti, ebook ini menerangkan juga...
  1. Keperluan trafik pada blog.
  2. Cara meningkatkan trafik.
  3. Formula mendapatkan 300 trafik setiap bulan.
  4. Kunci kejayaan trafik.
  5. Cara mengekalkan trafik.

Mereka yang pakar dalam blogging mungkin menganggap ebook ini biasa sahaja. Namun bagi mereka yang baru mahu berblogging, ebook ini amat bagus! Jadi saya berterus terang dengan menyarankan pada anda untuk mendapatkan ebook ini.

Dapatkan melalui link di bawah;