24 Februari 2011

Renungan Hidup

Aku mempunyai musuh. Musuhku yang paling besar ialah lidahku sendiri. Bila syaitan mahu memecah belahkan manusia, lidah inilah yang dia gunakan.

21 Februari 2011

Renungan Hidup

Kita perlu 'memahat' sendiri corak bunga hidup kita. Jangan biarkan orang lain yang mengukirnya.

06 Februari 2011

Apa Aku Hendak Tulis

Banyak benda dalam kotak fikir aku ini. Semuanya ingin aku luahkan dalam blog ini. Tapi berhari-hari tiada catatan yang tertulis.

Aku mahu menulis apa yang ada dalam fikiranku ini tapi aku tiada bahasa dan kata untuk mencatatnya.

Apa yang patut aku buat?