25 November 2010

Masih Ada Melayu Tak Percaya Kemampuan Melayu

Rupanya masih ada orang Melayu yang tidak percaya yang orang Melayu boleh berbisnes roti.

Walaupun kedai roti ini bukan aku punya dan aku hanya pekerja di sini, tapi memang merah telinga kalau ada orang Melayu asyik bertanya, "kedai ini...orang Melayu punya ke?", "roti ni ambil cina punya ke?" sedangkan akulah yang buat roti di kedai ini.

Apa maksud pertanyaan itu? Kamu tak yakin orang Melayu pandai buat roti ke? Kadang-kadang bila 3-4 kali pertanyaan itu menerjah telinga, aku panas hati dan membalas jawapan dengan perli, "ini kedai cina, roti di kedai ni saya yang buat dan nama saya Ah Long!"

Oh! Aku memang lemah dan tidak sabar dalam melayan pelanggan sebab itu aku lebih suka memerap di dapur berbanding melayan pelanggan di kaunter.

p/s; kalau anda mahu belajar dan pandai buat roti tanpa perlu menghadiri kursus, anda boleh dapatkan Resepi Dan Panduan Mudah Buat Roti Semudah Langkah 1,2,3... di RAHSIABUATROTI

10 November 2010

Perlukah Kelayakkan Untuk Memotivasi Dan Menasihati Orang?

Hoi ahmadyani! Apa kejayaan yang kau capai dan setinggi mana pendidikan yang kau ada yang melayakkan kau memotivasi dan menasihati orang?

Hai kawan! Saya sebenarnya memotivasi dan menasihati diri saya sendiri. Kalau tidak terima motivasi dan nasihat saya...jangan baca...jangan dengar! Kalau sudi sama-samalah kita nasihat menasihati dan memotivasi sesama kita.

Sebaik-baik pemberi nasihat dan pemberi motivasi adalah diri anda sendiri. Tanya pada akal anda, minta nasihat dia dan biarkan hati anda memberi keputusan.

Sebelum itu isikan akal anda dengan ilmu dan hati anda dengan iman. Barulah akal anda memberi nasihat dan motivasi yang betul dan hati anda akan membuat keputusan yang tepat

08 November 2010

Dah Lama Aku Menetap Di KL

Sudah lama aku tinggal di KL, tepatnya di Kg.Baru. Sudah lebih 10 tahun. Sebulan bayar RM450. Murah dari rumah lain di Kg.Baru. Tuan rumah baik. Lebih 10 tahun darap 450, banyak tu.

Kadang-kadang terfikir, alangkah baiknya aku cari rumah sewa lain yang baik baik sedikit dari rumah yang aku sewa sekarang ini. Rumah sewa ada tapi jauh. Jika dicampur sewa rumah dengan tambang perjalanan, jumlah jauh lebih banyak dari 450. Di Kg.Baru dekat dengan tempat kerja. Pergi dan balik kerja jalan kaki saja.

Mungkin lebih baik jika aku beli rumah. Duit yang selalu bayar sewa, boleh bayar duit bulanan rumah yang aku beli. Kalau bayar lebihpun tak mengapa...rumah sendiri.

Tinggal rumah sendiri tak perlulah risau apa-apa, contohnya diminta mengosongkan rumah.

Bila tinggal di rumah sewa, terpaksa mengosong rumahlah yang paling dirisaukan.

Hati memang teringin sangat mahu memiliki rumah sendiri. Mana nak cari deposit untuk bayar rumah sendiri?