14 Oktober 2010

Nak Berniagapun Tak Senang!

Bolehkah anda bayangkan situasi ini atau mungkin anda pernah mengalaminya. Anda di sini bermaksud anda yang berniaga, yang menyewa lot kedai di tengah ibu kota. Situasi ini berlaku di bangunan milik satu agensi kerajaan.

Anda rasa anda telah berbuat yang terbaik untuk kedai anda setelah sekian lama anda berniaga di situ. Papan tanda kedai rekaan pakar, susun atur dalaman kedai nampak kemas, warna padanannya cantik menawan. Apa lagi yang tidak kena?

Tapi pegawai yang bertanggungjawab dengan lot perniagaan di bangunan itu kerap kali datang ke lot kedai anda dengan membawa cadangan dan teguran, yang padanya masih ada yang tidak sempurna pada lot kedai anda. Ketidak 'sempurnaan' itu telah 'mencacatkan' bangunan kerajaan itu. Ada saja yang tidak kena.

Reka bentuk papan tanda sudah terlalu lamalah, warna kedai terang sangatlah, barangan kedai yang 'terkeluar' dari garisan kedai boleh mengganggu laluan pejalan kakilah. Dan bermacam alasan yang mengarut dek akal.

Anda percaya tak berlakunya situasi seperti di atas? Percayalah! Ini cerita benar.

Tapi yang paling benarnya, ceritanya begini...

Pegawai terbabit sudah acap kali didatangi 'seseorang', mungkin kawannya atau saudaranya yang asyik bertanyakan kedai lot anda. Mungkin kerana lot kedai anda yang strategik kedudukannya, berada di laluan utama.

Anda menyewa kedai dengan kadar RM1500 sebulan, tetapi 'seseorang' itu asyik memberitahu pegawai terbabit yang dia mampu membayar sewa RM2500 jika dialah yang berniaga di situ.

Anda rasa, anda dapat berniaga dengan 'tenang dan selamat' di lot kedai itu ke?


# anda nak tahu cara mudah buat roti buns? KLIK DI SINI

# KLIK DI SINI kalau anda perlukan duit poket tambahan. Tapi bukan percuma dan duduk goyang kaki saja. kenalah keluarkan modal dan usaha sedikit. KLIK DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan