Saya percaya bahawa tubuh manusia juga punya fungsi 'restart'nya. Tubuh perlukan rehat. Allah berikan malam untuk manusia berehat. Namun manusia pada zaman moden ini tidak lagi menggunakan malam sebagai waktu rehat dengan sebaik-baiknya.
Bila manusia tidak berehat dengan sebetul-betul rehat seperti yang dikehendaki tubuh, maka anggota tubuh tidak dapat berfungsi dengan harmoni antara satu anggota dengan anggota yang lain. Dalam keadaan ini, tubuh secara semulajadi akan mengaktifkan fungsi 'restart' ini.
Seperti komputer, bila anda dapati beberapa komponen tidak berfungsi dengan baik selepas komputer di on, anda hanya perlu restart semula. Ia akan berfungsi dengan normal. Tapi bila direstart semula, masih juga gagal berfungsi, kemungkinan besar
komponen@driver dah rosak. Kenalah baik pulih atau tukar baru.
Begitulah dengan tubuh manusia. Dalam proses 'restart' ini, fungsi tubuh akan 'down' sementara. Tubuh dalam keadaan lemah. Itu yang membuatkan kita pening-pening, demam, lemah badan, selsema dan seumpamanya.
Dalam keadaan ini saya percaya, saya patut membiarkan tubuh kembali normal secara semulajadi. Sebab itu saya tak jumpa doktor. Tak makan ubat. Saya makan dan minum seperti biasa, cuma sedikit kerana tiada selera. Itu biasalah.
Saya percaya, bila makan ubat. Proses 'restart' ini akan terbantut dan tubuh dipaksa kembali 'beroperasi' seperti biasa. Saya juga percaya lambat laun, fungsi tubuh akan mengalami 'kegagalan berfungi'. Ini yang menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit berat.
Sebenarnya, ketika tubuh dalam proses 'restart' ini, keadaan kita tidaklah seteruk mana. Demam, pening-pening, lemah badan dan seumpamanya tidaklah 'separah' seperti yang kita sangka. Cuma kita terlalu biasa...hanya kerana pening sedikit, kita telan penadol. Badan panas sikit, kita telan ubat dan mengaduh lemah.
Sedangkan kalau kita sabar sedikit dengan membiarkan 'kesakitan' kita itu hilang dengan sendirinya tanpa bantuan ubat, kita pasti berasa badan segar bertenaga. Tidak sama, segar badan kerana bantuan ubat dengan segar badan pulih dengan sendirinya. Cubalah.
Sebab itu saya tak jumpa doktor hampir 20 tahun dan tidak telah panadol kerana saya mengamalkan kepercayaan ini. Tapi saya tidaklah mengamalkan kepercayaan ini membuta tuli.
Saya memegang prinsip jika saya sakit berlarutan lebih dari 3 hari, itu bukan tanda tubuh saya dalam proses 'restart' tapi sudah mengalami 'kegagaalan berfungsi' dan saya kenalah jumpa doktor. Tempoh hari saya berjumpa doktor pertama kali sejak 20 tahun lepas kerana saya sakit melebihi 3 hari dan tak ada tanda nak pulih. Sebelum ini, alhamdulillah keadaan saya tidak memerlukan saya berjumpa dengan doktor.
Kepercayaan ini masih saya pegang. Kalau doktor baca blog saya ni, pasti dia kata saya gila!