14 Februari 2009

selamat datang...

Ya! Selamat datang ke dunia blogging. Sebenarnya ucapan ini untuk saya sendiri. Sudah bertahun dunia blog wujud dan sudah berjuta orang berblogging namun saya baru melangkah masuk!

Selamat datang ke dunia blogging. Kata orang untuk menjadi bloggers...[hmm..selepas ini saya ingin gunakan istilah blogawan, seperti istilah yang disebut oleh aizam hussin dalam bukunya; blog; bawa pemikiran anda ke tengah. Blogawan ini hasil idea encik hasbullah pit [http://sebolku.blogspot.com] Istilah ini patut digunapakai secara meluas]...mesti ada persediaan, mesti ada kemahiran, mesti pakar! Tahu subjek yang ingin ditulis dan tentunya mahir menulis. Ada kepakaran dalam bidang tertentu dan kepakaran itu datangnya dari pendidikan yang tinggi.

Selamat datang ke dunia blogging. Saya masuk ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Walaupun dalam akalfikir saya ada sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan orang lain, namun saya tiada kemahiran menulis yang bagus. Pendidikan saya tidak setinggi semua blogawan yang saya tahu, berijazah dan berPhd. Layakkah saya menjadi seorang blogawan.

Selamat datang ke dunia blogging dan selamat berkenalan kepada sesiapa saya yang sudi berkenalan dan pada mereka yang asyik dalam 'talian'.

1 ulasan:

  1. syabas yani ..

    teruskan menulis .

    Skill menulis anda akan improve dengan masa insyaallah .

    Blogawan / blogger bukanlah penulis profesional.

    Ramai Blogger/s adalah penulis amatur , yang ingin berkongsi sbhgian cerita / pndangan / idea/ berita dsb dari sudut kacamata mereka.

    Tidak semua yg d blog benar. Tidak semua yg di blog perlu di ikut , tapi sekurang-kurangnya ada idea / pandangan di luah kan.

    itu yang paling penting.

    roslan
    salam perkenalan

    www.my-localagenda.com

    BalasPadam